Thursday 26 June 2014

Nak cari duit lebey...


Tajuk entry semangat harini.. nak cari duit lebih, tapi apa nak buat erk...? Ha ni listing planning projek apa nak buat. Erm...
* Upah menjahit
* Simple Doorgift
* Part time cashier
* Pasang part dari rumah
* Jahit manik
etc...

apapun yang aku nak buat perlulah dapat keizinan suami. Tengok la macam mana.. Papa dah dapat kerja baru kat Uda, hope akan berkekalan dan bertambah rezki di tempat baru. Amin...
Owh ya.. lupa pulak nak story.. aku dah beli mesin jahit lurus tuhari.. Dah rezki waktu jalan2 saja2 singgah kedai kat seri putri tu. Tp sebab aku malas nak taip so tu yang tak update tu.. hehe, hope semua yg aku plan akan jadi kenyataan.. Yeah dah boleh buat experiment lepas ni.. ;p
alhamdulillah...

Mesin tu c/w meja sekali.. ok x?

Sampai sini sajer hokey, jumpa lagi next entry.. bubai, wassalam..

..ishimaisyah..

Tuesday 17 June 2014

Whats App 3F


Selari dengan era kemodenan, page group Familyku FamilyMu FamilyKITA telah melangkah 1 tapak ke depan lg dengan idea dari kaklong aku telah menubuhkan wasapGroup3F (sbb words asal panjang sangat, adeh) so 3F je la jadinya.. Hehe..
Semua family Karso Bin Mangon dan seangkatan (anak menantu, cucu dsb) aku add as member. Semua adik beradik @ wakil sangatlah aktif mengupdate status bertanya khabar dsb, tak silap aku family Cik Acan sahaja yang tak aktif walaupun dah add nama dlm wasap tu. mungkin bz.. (+ve thinking) hehe... 
Groupwasap3F telah ditubuhkan pada 17Jun2014, pd jam 8.16mlm. details kau.. huhu.. dengan keramaian anggota seramai 24 orang dari segenap lapisan waris Karso Mangon itself & keluarga mereka sehingga anak cucunya. 


Alhamdulillah kita disatukan di wasap group ni. so far, semuanya berjalan lancar dan respon yg diterima sangat la Positive. antara yang kurang bercakap waktu berjumpa dlm group dah buka mulut. yang jauh rasa dekat sangat.. syukur2 semoga ikatan ikhwah ni berkekalan.. Amin..
Walaupun ada yg nak tukar nama group tp kami sepakat nak kekalkan nama group sebab amat sesuai dengan ahli2 nya.. (y)
Diharap group ni akan kekal sampai bila2 walaupun generasi sebaya aku dah takder di dunia nanti :'( (cam sedih je) its reality!.. hope generasi2 selepas kami dapat sambung warisan ni.. In shaa Allah.. 
ok stop sini dulu, lain kali citer lagi.. daaaa, wassalam

..ishimaisyah..

Thursday 5 June 2014

Bad day, I think... :(


Semalam, aku keluar ofis (rehat) awal sebab nak ke Pos office wat poslaju ke IKIM (job applied) boleh tahan la gaji besar tapi.. kalau dapat taktau nak g ke tak.. kat KL kau.. huhu.. so alkisahnya lepas tu balik ke rumah papa cuti semalam, ingatkan ada masak apa2 tapi takde.. dengan perut keroncong, aku pun keluar balik bawak cah bersama kepala dah ingat nak g bank tukar wit hokey..

Pagi semalam, kereta susah nak start, naseb ada sorang jiran area depan rumah tolong pinjam kereta utk "cas" erm.. cas2, start2 dah hidup.. nak taknak kene la tukar bateri. nak g kerja kan.. erm, first step: tukar syiling ya.. sbb dana tidak mencukupi, hehe..

Ok, sampai pekan nenas.. aku terus ke Maybank dengan harapan dapat deposit terus ke akaun aku. malang sungguh! mesin syiling rosak & diorang taknak kira wit syiling kesayangan aku yang sangat2 banyak ni.. hihi (banyak ke?) so, dengan perasaan hampa aku ke Public Bank pulak dengan semangat yg berkobar2 dan + harapan menggunung... sekali lagi unlucky, baru aku sedar aku takder akaun Pb lau ada pun dah xpired!! huhu... Unsuccessful... :'( 

so, aku pun balik semula ofis dengan tabah, Dah la buang minyak ke sana, wit tgh takder ni macam2 kan.. dugaan betul.. naseb la kedai Ayong bengkel tu baik hati kasi aku hutang dl, tak cukup RM70 so aku janji dia bayar esok (harini..) Deal! 

Harini.......

Pagi2 aku n cah dah tunggu kat depan pintu maybank Tmn U dengan harapan menggunung ke awan.. bila pintu bukak je aku tanya kaunter no. ini yg aku dapat "maaf puan harini takder deposit syiling, yg ada hari isnin, khamis... bla bla.." owh, hancur hatiku sungguh pilu. tak dapat tahan sebak, aku ke CimB pulak... smp sana dak kaunter ckp mesin rosak! ya Allah dugaan apakah ini.. 

Beg syiling yang ku bawa sungguh berat sampai lengoh tangan dan bahu menggalas.. takper la aku slow2 drive masuk ofis.. so, jap lagi aku nak asing2kan wit nak tukar kat kdai mkn dekat ngan NAW ni.. alhamdulillah makcik tu nak tukar RM150.. amin, akhirnya dapat juga tukar.. 

Fuh, ni la rupa syiling yang aku dok kira dari pagi smp la tak siap2.. hihihi.. ok la uOlls, smp sini saja ye banyak plak membebel harini. Bukan apa saja nak luah perasaan hati. hehe.. daaa, wassalam..

my favorite, my love one :)

..ishimaisyah..

Tuesday 3 June 2014

Papa dapat kerja...


Hai, lama rasa tak menulis.. aktiviti cuti hari minggu tuhari telah dipenuhkan dengan attend wedding Mamat (anak makcik norma) pd hari sabtu 31.05.2014. Nak taknak kene la pergi dah sedara plus rumah kami berdekatan.. :) tapi aku datang lewat petang orang dah kemas2pun.. hehe (bertuah kan) 

Lambat sebab aku buat bekam dengan cik ina.. Bekam? best ke?? ok la juga.. sakit2 tapi sedap! rasa selesa lepas buat bekam. pandai cik ina meniaga.. hehe.. melayang RM50 (after discounted) pastu bayar RM100 utk ampule yang dijanjikan.. fuh!

so, alkisahnya... is dah dapat keje kat one cafe ni (xsure nama apa) kat JPO. cafe tu under brahim's. Ok la kot. gaji tak besar la sangat tp aku rasa cukup membantu.. mudah2an suamiku mendapat rezeki yang melimpah lagi akan datang.. In shaa Allah.. tak pernah aku lupa mendoakan dia waktu solat. Amin...

erm, pastu pening kejap la nak letak aisyah kat mana kan? so pk punya pk nak tumpang rumah cik norma je la yang boleh kot.. before cah dapat sekolah.. tapi minggu ni aku bawak cah ke ofis je sbb bos takde bercuti! hehe... best3.. 

pandai bawak diri, naseb baik good girl :)

minggu depan hantar la ke umah cik norma (terpaksa) :( hope everything smooth.. ok la smp sini je entry kali ni jumpa lagi in shaa allah di lain entry.. bye, wassalam..

..ishimaisyah..