Thursday 5 June 2014

Bad day, I think... :(


Semalam, aku keluar ofis (rehat) awal sebab nak ke Pos office wat poslaju ke IKIM (job applied) boleh tahan la gaji besar tapi.. kalau dapat taktau nak g ke tak.. kat KL kau.. huhu.. so alkisahnya lepas tu balik ke rumah papa cuti semalam, ingatkan ada masak apa2 tapi takde.. dengan perut keroncong, aku pun keluar balik bawak cah bersama kepala dah ingat nak g bank tukar wit hokey..

Pagi semalam, kereta susah nak start, naseb ada sorang jiran area depan rumah tolong pinjam kereta utk "cas" erm.. cas2, start2 dah hidup.. nak taknak kene la tukar bateri. nak g kerja kan.. erm, first step: tukar syiling ya.. sbb dana tidak mencukupi, hehe..

Ok, sampai pekan nenas.. aku terus ke Maybank dengan harapan dapat deposit terus ke akaun aku. malang sungguh! mesin syiling rosak & diorang taknak kira wit syiling kesayangan aku yang sangat2 banyak ni.. hihi (banyak ke?) so, dengan perasaan hampa aku ke Public Bank pulak dengan semangat yg berkobar2 dan + harapan menggunung... sekali lagi unlucky, baru aku sedar aku takder akaun Pb lau ada pun dah xpired!! huhu... Unsuccessful... :'( 

so, aku pun balik semula ofis dengan tabah, Dah la buang minyak ke sana, wit tgh takder ni macam2 kan.. dugaan betul.. naseb la kedai Ayong bengkel tu baik hati kasi aku hutang dl, tak cukup RM70 so aku janji dia bayar esok (harini..) Deal! 

Harini.......

Pagi2 aku n cah dah tunggu kat depan pintu maybank Tmn U dengan harapan menggunung ke awan.. bila pintu bukak je aku tanya kaunter no. ini yg aku dapat "maaf puan harini takder deposit syiling, yg ada hari isnin, khamis... bla bla.." owh, hancur hatiku sungguh pilu. tak dapat tahan sebak, aku ke CimB pulak... smp sana dak kaunter ckp mesin rosak! ya Allah dugaan apakah ini.. 

Beg syiling yang ku bawa sungguh berat sampai lengoh tangan dan bahu menggalas.. takper la aku slow2 drive masuk ofis.. so, jap lagi aku nak asing2kan wit nak tukar kat kdai mkn dekat ngan NAW ni.. alhamdulillah makcik tu nak tukar RM150.. amin, akhirnya dapat juga tukar.. 

Fuh, ni la rupa syiling yang aku dok kira dari pagi smp la tak siap2.. hihihi.. ok la uOlls, smp sini saja ye banyak plak membebel harini. Bukan apa saja nak luah perasaan hati. hehe.. daaa, wassalam..

my favorite, my love one :)

..ishimaisyah..

No comments:

Post a Comment