Wednesday 29 May 2013

candy crush addicted!!


Hi semua, hope sihat semua ya, takder stress2 walaupun ada banyak masalah.. hehe, tgk aku.. ada problem banyaaaaaak sannnnnnngggat... tapi ttp semyum tau (ye ye je) hehe..
untuk hilangkan Stress apa kata korang ikut cara aku.. hehe.. main game ni.. 

game wat aku jadi Mat Gian, haha...

cara permainannya macam ni (scroll down)

|
|
|
|
|
|
V
V
Camni la permainannya.. senang tapi wat otak gila, huhu

memula tu malas nak layan invitation datang menimbun kat FB suh main.. last2 aku terGODA juga.. sooo addicted sampai tak tdo uOlls sbb nak habiskan semua level.. huhu (parah) =p
Senang jew main game ni.. easy handling, easy go.. tak perlu set time cam farm ville, cafe tu semua.. bila2 pun boleh main.. kene bersaing juga tapi tak der la dasat sangat just fight nak jadi highest jew, lau tak pun tak pe.. saja suka2 nak Test Power.. hihi.. actually game ni lama dah cam bejeweled game yg aku suka tu.. pasal tu ler aku jadi addicted tu.. adoy, naseb ada anak.. lau tak 24 7 aku hadap! :p
utk sesiapa rasa banyak keje nak wat takperlu la terlibat dengan game ni ya.. bahaya! hehe.. ok la sampai sini utk entry kali ni.. jaga diri, hiasi peribadi.. da.. 
wassalam

..ishimaisyah

p/s: pencapaian terbaik as at 29.05.2013, 4.58am ~ level 38

Sunday 26 May 2013

Rindu Abah ;'(


Hari ni genap setahun Arwah Abah tercinta HASSAN BIN HJ ITHNIN meninggalkan kami sekeluarga buat selamanya di dunia ini.. rasa Rindu yang teramat hanya Allah yang tau. walaupun luaran nampak Okey, tapi aku senantiasa merindui Abah, sentiasa hati ini menangis tiap kali mengingati abah.. hanya Al-fatihah dan doa berpanjangan yang mampu aku berikan untuknya.. Besarlah harapanku Semoga Allah menerima doa2 dan sedekah amalanku pada abah.. mudah2an Allah menempatkan Abahku dikalangan orang2 beriman disisiNya.. Amin ya Rabb...
Hari ni kami berkumpul di rumah mak di sening.. aku bersyukur masih lagi dapat berkumpul dengan keluarga tercinta di saat2 ini.. mak uda dan cik awok pun ada sekali.. tq sangat2 :) Malam semalam (25.05.13) kami baca tahlil utk abah (kecil2an sahaja) dan pagi harinya kami menziarahi kubur arwah.. setiap kali ke kubur seolah2 aku berjumpa dengan abah.. Rasa mcm terubat rindu (sikit la).. ^_^
Bagi aku.. Abahku tiada ganti.. Dialah abah terbaik yang aku ada.. tapi, aku bernasib baik dan alhamdulillah, dikurniakan juga abah mentua MOHAMAD AMIN BIN HASSAN yg juga seperti abahku.. pada dia la aku menumpang kasih sekarang.. tq abah for being my ABAH... :)
Untuk abahku tercinta..

~ الفاتحة ~

gambar credited to siwo (bujang)

Sampai sini sahaja entry kali ni, hope korunk tak lupa utk menyayangi, merindui, membalas jasa (mana mampu) parents kita sementara masih ada.. tapi walaupun sudah meninggal dunia kita masih mampu membalas/menunjukkan kasih sayang kita dengan doa dan sedekah (berpanjangan) utk arwah, okey :) wassalam

..ishimaisyah

p/s: tatkala jari ini menaip airmata ini tak henti mengalir... :'(

Thursday 16 May 2013

Happy Birthday Mummy!


Hari ni, amirul xada kelas n budak2 (jimmy & Eden) tak school sbb sambutan Hari Guru.. yeah, Happy teachers day kepada semua guru2 di Malaysia esp my xteacher, lecturer and sesiapa saja bergelar guru ye :) For my friends (Haida, Ani, Nani.. dll) selamat hari guru korunk!! semoga sukses dalam mendidik anak bangsa ye =) Proud to all of u!!
jadinya, kebetulan la pulak hari semalam 15.05.13 Birthday Mummy yg ke 61 tahun.. so, since diorang dah datang umah aku ambil kesempatan beli kek dan bg hadiah utk mummy.. nampak ceria mummy dapat present n Cheese cake from season. suka la tu! hehe
saja nak share gambar2 masa hari tu :) jom layan.... ok, utk mummy.. Semoga panjang umur, murah rezki dan diberikan kesihatan yg baik ya :) Kami sayang Mummy.... <3<3<3

special cheese cake from season

"For u Nenny.." aisyah said

us only :)

muka budak tak sabar! haha...

aisyah xcited

aaaaaaaaa

ecah nak suap juga.. aaaaaa

apa tu nenny... aisy query?

oho... telekung beli kat FB je.. lawa kan?

sangat sederhana tapi meriah sangat2.. happy birthday mummy! =)

wassalam..

..ishimaisyah

Happy teacher's day!

Wah, seronok dapat jadi cikgu kan.. disayangi, disanjungi, dikasihi dan semua di di di la.. hehe, apapun.. 16 Mei setiap tahun aku pasti tak lupa sambutan hari guru.. dikesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua bekas2 guru dari sekolah tadika, sek keb, sek men dan seterusnya ke U.. Terima kasih banyak cikgu2 kerana jasa dan ilmu cikgu la saya dapat menjadi seperti sekarang.. tak dapat saya balas :)
Kepada rakan2 seperjuanganku yang kini bergelar guru.. Haida, ani, nani, zura, saper lagi... ish ramai sangat la.. hihi, apapun aku bangga dengan korang semua, yang lebih membanggakan aku lagi diorang ni mostly ramai yang berjasa kepada kampung sendiri! tabik spring la wei.. 
owh, ye.. to kak ngah.. happy teachers day ngah! walaupun seorang guru tadika.. tapi tetap penting dalam pembangunan masyarakat :) tabik spring gak sbb kak ngah mengajar di tadika aku sekolah dulu.. hehe..
walaupun tidak bergelar "guru" tapi ibubapa kita adalah cikgu pertama kita kerana merekalah yang mengajar kita sewaktu mula2 belajar bercakap. :) terima kasih abah, terima kasih emak... sayang mak abah <3<3<3
da untuk entry kali ni.. kat bawah ni ada picture (download dari Xcikgu kat fb) cikgu masa form 5 di sek. men. keb. adela, kota tinggi Johor 1999 ^_^

barisan guru (sessi pagi) SEMEKA 1999

"selamat Hari Guru 2013"
TQ TEACHER!

wassalam...

..ishimaisyah

Tuesday 14 May 2013

Debaran Interview


Hari yg ceria dan indah hari ni, tadi pagi ada interview kat Taman U.. rasa berdebar2 sebab dah lama tak g interview kerja.. ngeh2 ada la dalam 7 tahun camtuh.. :p. Post plak jawatan yg lama aku tak pegang "account assistant".. adoyaii.. ah, takper la bukan tanya pun pasal akaun kenal2 je.. hehe
Nak jadi citer alkisahnya.. aku di interview oleh GM kilang sendiri sbb HR and Acc Dept nye head takder (mc/al etc).. alahai, makin la dup dap dup dap.. tapi bila dah jumpa orang nyer okey je, tak banyak tanya pasal kerja pun just tanya2 pasal sendiri, okey la.. hehe
so, dlm hati mmg confident tapi bila pk2 boleh ke aku ni wat keje jadi seram nak keje kat sana.. apapun aku serahkan pada takdir seandainya diterima / tak aku redha ^_^  btw, aku mmg enjoy g interview kat SLG food industries, jb :) thnx for giving me chance for interview session ya :) ni webpage diorang..



da, for entry kali ni :) wassalam..

..ishimaisyah



Monday 13 May 2013

BILA SAKA MENGGANAS

Tajuk entry yang menyeramkan.. hehe.. ups tanya khabar dl la.. Hai semua apa khabar..? mmg aku ada Saka pun.. Saka RAJIN.. ngeh2! saja joke.. jgn mare.. bila saka mengganas.. habis 1 rumah aku kemas... hehe, itupun bersebab.. katanyee... izan and atta inform ada orang dari kedah nak mai jb so nak tumpang ler kat umah aku... kami ni tak kesah pun org mana, kecil tapak tangan, erm... apa ye aku tadahkan.. hihi...lupa ar! apapun kami sentiasa menerima tetamu dengan tangan terbuka :)

Saka Rajin ku mengemas dari dapur, bilik, atas bawah, belakang, depan dan termasuk la mengimport masuk 2 orang penuntut saka aka asst saka ku utk melengkapkan lagi kerja. hehe... mereka ialah adik2 suamiku (adik ipaq aku ler) uci & apis.. mereka ketuk2 sana2 gantung2 frame, paku2 sana, siap cat lagi tau!.. kami kemas store sebenarnya tu jadi melarat smp ke semua sudut :p so secara automatik umah aku pun 1/2 kemas n cantik le.. mana tak perabih semua pakat buang barang dlm store (bukan pakai pun) hihi.. thnx uci & apis.. Blum upah lagi tu.. huhu.. :p

Rasulullah saw pun ada berkata "wajib memuliakan tetamu" tetamu ni ibarat Pembawa rezeki untuk kita.. wah, alhamdulillah kalau camtuh.. so.. jemput la datang ke rumah (saya ikhlas okey) hehe... :p

Bagi aku sesiapa pun tetamu yang datang mmg perlu diutamakan dari segi hidangan makanan. keselesaan tempat istirehat, tmpt tidut (jika perlu) dan lain2 kelengkapan.. alhamdulillah, aku sentiasa menitikberatkan bnda2 tu. kami sekeluarga mmg suka ada tetamu yang sudi datang ke rumah kami.. in shaa allah akan kami layan sebaik mungkin.. dan perbaiki apa perlu.. t,kasih la pada sapa2 yang pernah sudi datang ke teratak kami yang tak seberapa.. lain kali datang lagi! da... wassalam :)


.. ishimaisyah ..



Mimpi


Selamat pagi Isnin yang ceria.. nak share sikit doa sebelum memulakan kerja (walau apapun kerja yg dilakukan) ngeh2...

ehsan dari Mr Google =)
erm, alkisahnya... semalam dapat mimpi, dlm mimpi tu someone (org tua pangkat atok2) mengheret Aisyah dari tangan aku katanya nak bawak Aisyah jalan2. Before, org tua tu borak2 je ngan aku dok sebelah aku.. tp dlm masa sama bercakap2 ngan Aisyah juga, Then, bila pokcik tu dengan paksaan heret Aisyah, aku cepat2 kejar n pegang tangan Aisyah kuat2 dan aku ckp kat pokcik tu anak aku tak suka aku pun tak suka pls jgn paksa. Muka org tua tu marah sangat. Mana tau pokcik tu jahat ke baik? erm, naluri.. kita dapat rasa org tu baik ke tak dgn kita. Waktu tu terfikir kalau la org tua tu spray aku ngan cili sprayer ke, karen aku ke.. alahai.. anak aku!!! :'(
so, dah gitu aku tersedar dari mimpi terus kiss Aisyah banyak2 kali, dalam hati rasa Insaf utk menghargai anugerah Allah yg tak terhingga ni.. Allahuakhbar! walaupun hanya pinjaman namun ia adalah amanah dari Allah utk aku, tanggungjawab aku utk menjaga dan mendidiknya dengan sempurna (ajaran ilmu dunia & akhirat)
Selama ni mmg aku alert dgn Aisyah kalau wat keje umah tu mmg biar Aisyah sorang2, TAPI aku MESTI pastikan gate, grill, pintu kayu semua diKUNCI!! pastu, 5 minit sekali panggil nama dia for respond. kdg2 bawak ke dapur ajak masak sekali.. hihi, 
Takpe la anak aku tak campur main2 ngan anak2 jiran. Bukan SOMBONG, tp kalau ada org tua monitor no hal. Yes, JANGAN sesekali tinggalkan anak kita bermain sorang2 kat halaman walaupun bersama adik beradik lain (mksud aku kecik2 la) BAHAYA!! byk dah kes hilang kat umah sendiri.. nauzubillah, Jauhkan kami semua ya Allah dari perkara2 begini..
Kawan2 sekalian, hope kita jagalah anak2 kita dengan sempurna ya. semoga dengan keperihatinan dapatlah kita mengelakkan dari kes2 spt penculikan, pembunuhan, penderaan @ perkara2 tak diingini berleluasa di negara kita khasnya.. (cam pembaca berita kau) hihi.. k la, da for dis entry c y'all next enty (in shaa allah) 
wassalam..

..ishimaisyah

Happy Birthday Ain!


13 Mei.. peristiwa bersejarah paling aku ingat (wpun blm lahir waktu tu) masa sekolah2 dl ler.. peristiwa berdarah pd thn 1969 (xsilap aku) kalau ingat mmg rasa takut sgt2.. jgn la jadi lagi peristiwa sebegitu kerana terdapat banyak keburukan pada diri, bangsa, agama dan negara. bersama la bersatu utk Malaysia.. tiba2 semangat kenegaraan.. :p
Btw, Hari ni hari jadi my 1st niece Aina Farhana Suhaimi, yg ke 11 tahun (besaq da) ni link FB dak demokS ni :) 
so to kakak, cikder doakan.. semoga Ain jadi anak yg solehah dan membanggakan ibu dan ayah juga diberkati Allah didunia dan akhirat, Amin.. HB kakak.. =)
Pendapat Aku ttg Ain??
  • seorang yang sangat comel (kalau reti jaga rambut dia tu) hihi
  • Kakak yang bertanggungjawab
  • Bijak tapi M beso nak study.. kan? kan?
  • Kuat berangan
  • Dengar cakap orang tua, hormat org tua
  • Sensitif (agak kuat merajuk)
  • Pandai Berkawan

Bila aku tgk Ain, sama macam aku kecik2 dulu.. baek pe'el dia, rupa dia (more to my sister la) huhu, tapi mmg jalan cerita Ain dari kecik smp sekarang +- mcm aku dl... huhu.. org kata (bkn ak ok) kalau anak saudara (cucu) pertama akan ikut perangai ibu/apak saudara (anak) bongsu.. means, lau niece gurl ikut mokcik yg last dan begitu sebaliknya.. ye ke? ye jugak.. ntah, wallahualam ^_^

so, ok.. smp sini sahaja.. pd saper2 sambut besday hari sama.. HB ya =)) 
daa.. wassalam

picture take on Ain's 10th birthday
..ishimaisyah

p/s: dapat call kul 3 ptg td esok ada interview, huhu... bz mlm ni siapkan resume dll.. nebes nih! :p




Sunday 12 May 2013

Hari Ibu Haram? alamak..


Hai semua 
hehe, saja je nak wat xtra entry pasal kemusykilkan aku pasal... KEHARAMAN sambutan hari ibu?? byk artikel dari ulama2 berkaitan isu ni, ni salah 1 cuba tgk artikel ni..  

Yes! yang haram is tetap HARAM.. aku hormat pendapat artikel tersebut. tapi pendapat aku yg masih cetek pasal islam ni lebih kurang dengan artikel ni

sbg kesimpulannya aku rasa la kan.. (cam wat karangan la plak :p)
~ kita bebas meraikan ibu kita tp mungkin bila ada tarikh2 tertentu buat ia jadi lebih special, btl x? jadi, walaupun sambutan Hari Ibu tu haram (seperti artikel 1st tu), asalkan sambutan yg dibuat tu tak diluar akidah islam aku rasa okey.. dan yang paling penting ialah NIAT kita utk sambutan hari ibu tu utk apa? adakah sama mcm yg diperkatakan dengan artikel tu? biasa tak la kan.. sbb aku rasa kita sambut hari ibu utk mengenang jasa mak kita utk kita bg mereka happy (g mkn2, jln2, karaoke.. hihi) nak eratkan silaturahim.. bukan per sepanjang aku hidup tak la pulak aku dengar ustaz2 aku ckp pasal keharaman tersebut. wallahualam
apapun, tepuk dada tanya Iman okey.. kalau rasa tak puas hati g la google sendiri apa2 artikel dan nilai la sendiri ye.. 
bye, wassalam

..ishimaisyah

Happy Mother's Day ~ wit Love..


Selamat Menyambut Hari Ibu 12 May 2013 (Ahad) istimewa kepada mak Puan Suthimah Binti Karso.. aku sentiasa doakan mak diberi kesihatan yg baik, dipanjangkan umur, dimurahkan rezki dan dirahmati Allah swt dunia dan akhirat, Amin.. Mak, akk sayang mak smp bila2..
Untuk mak, terima kasih kerana melahirkan aku di dunia. Terima kasih juga sebab menyayangi dan mengasihi aku semenjak aku kecil sehingga sekarang dengan sempurna.. 
tq mak <3
Jasa mak tak dapat aku balas. alahai syahdu la pulak.. :'( sekarang, aku pun dah jadi mak (mama)! My dotter Aisyah, semakin membesar dgn itu juga aku dapat rasakan seronoknya menjadi seorang mama, walaupun sukar tp bilamana anak membesar depan mata aku jadi puas hati dan bersyukur dengan pemberian Allah swt yang sangat bermakna ni ^_^

my fav picture wit my mom

so, In shaa allah aku dan adik beradik ku semua dah planning nak bg present n nak wat makan2 utk mak pd (mungkin) 26.05.2013 nanti. tarikh tu bersempena pemergian arwah abah kami yg ke setahun (al-fatihah) masa tu mmg mak mintak kami semua blk kg sbb nk baca tahlil utk arwah abah.. kita2 jew tk jemput org mkn kenduri pun.. hehe.. 
semoga Allah permudahkan, Amin..

"HAPPY MOTHER's DAY"

 bye, wassalam

..ishimaisyah

p/s: HMD kpd my beloved kak long, kak ngah, mak mentua, my sepupu sepapat and my makcik2 sekalian

Saturday 11 May 2013

weehooo!!


Senang nya dalam hati.. Suami tak beniaga harini.. so jalan2 la, kami kuar dari kul 4pm/5pm macam tuh.. lepas mkn tghari kat umah (I masak okey) hehe.. masak2 kartun jew. tak layak masuk masterchefmalaysia pun.. hihi.. kami terus ke umah abah mentua ku sebelum ke umah mummy mentua ku (ups, mesti konfius jap kan, umah pak mentua umah mak mentua) ??? sbnrnya, my parents in law dah lama divorce (lebih 20thn) so, lain2 umah la kan.. haha
kat umah abah kejap je antar barang.. pastu mkn2 kat fav gerai my husband, ak tak brapa suka sangat.. tp sian Mr hubby mengidam nk mkn mee goreng kat sana.. layannz.... ;) pastu terus ke bandar jalan2 (dah malam pun) ke rumah mak mentua ku.. jumpa my nephews yg bujang2 tu, jumpa bibik.. smntara tunggu my MIL balik keje, minta bibik urut sikit kaki ni lenguh sangat la semalam mengemas stor la kononnya.. :p 
suddenly, wah cakap omputih.. aku tingat penimbang kat bilik bibik tnpa pk2 ak beranikan diri try la timbang.. ouwh, sunnguh ku tergezut u "dah hilang 10kgSSSSS!!!" erm, tu ialah penurunan selama sebulan uolls.. sungguh mengujakan!!!  =D tp kan.. walaupun 10kgs, aku masih Dumoks :( cuma aku bangga la dapat turunkan berat aku... hehe, well done mdm shima!! good job!! 
Rahsia??? ada la... :p (dah dpt berat idaman aku citer k)
so, aku nekad utk teruskan proses penurunan sehingga berat ideal yg aku idam2 kan sangat2 dah lebih 10thn aku tunggu.. fuh! bilakah akan berakhir? bilakah...? Tarik nafas dalam2.. hembus.. sabar okey shima, masa nya akan tiba.. keep it up k..

k la, berita gembira sampai sini nanti sambung lagi lain entry yew. :) da... wassalam

..ishimaisyah


Wednesday 8 May 2013

Syukurku padamu.. =)


Kalau nak cerita pasal kehidupan aku.. turun, naik, turun, naik, turun, naik.... xhabis2.. (itulah kehidupan namanya) kan? alhamdulillah, kerana pengalaman kehidupan la buat aku jadi matang :) semakin hari aku semakin muhasabah diri mencari ketenangan hati nurani..
aku percaya, Allah sayangkan aku oleh sebab itu, aku diuji dengan pelbagai dugaan. Allah nak tgk samada aku boleh meneruskan perjalanan dengan cara yg diredhai atau sebaliknya. 
KESABARAN ya, sabar perlu ada dlm diri manusia, sebab dengan kesabaran sahaja dapat memberikan kita peluang utk lebih mengingati dan beramal kepada Allah swt.. Allah memang sayangkan hambanya yang sabar..
Aku takla pandai berkata2 tp aku cuma menulis melalui pengalaman sendiri. Baru2 ni ada terbaca 1 blog berkaitan rencah kehidupan suami ister dari seorang bloger.. (aku dah follow pun) hehe.. best blog dia byk citer yg boleh djadikan pedoman, klik link ye kalau nak baca.. Lepas baca aku sedar yg aku ni sangat2 beruntung dan aku perlu la bersyukur kerana aku masih bernasib baik sbb segala yg aku miliki adalah yg terbaik utk aku.. alhamdulillah, tq Allah :)


Tq Allah kerana membuka mata hati aku utk menerima hidayah mu, harapan ku semoga aku sentiasa diberikan petunjuk Mu dikala susah dan senang.. Amin ya Rab..

da utk entry harini ye, wassalam

..ishimaisyah

Hooray! Dah undi..


Hi semua.. dah selesaikan tanggungjawab ke ahad lepas? alhamdulillah... calon yang aku X semuanya menang!! yeehoo! dan akhirnya kerajaan BN berjaya mengekalkan pentadbiran di Malaysia lagi 4 tahun (4 ke 5) erk? huhu... Tahniah! BN, Tahniah! PM.. I <3 PM :)
untuk pengetahuan, aku xcited sangat bila dah lepas mengundi.. rasa Best pulak, in shaa allah kalau ada umur aku nak mengundi lagi masa akan datang! cuma aku nak share 1 artikel yg aku rasa tertarik dan sedar sebenarnya ini betul dan logik! jom kome, kita renung2kan...

"PESANAN TUN DR MAHATHIR UNTUK GENERASI BARU"




PESANAN TUN DR MAHATHIR UNTUK GENERASI BARU
BY: PAPAGEGE FRENZ  

SAYA sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya- perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.

Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.

Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.

Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.

Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap.

Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.

Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam.

Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.

Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.

Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.

Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka.

Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British. Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.

Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan.

Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.

Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.

Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.

Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.

Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah.

Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah.

Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.

Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.

Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka.

Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini.

Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.

Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.

Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.

Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka.

Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka.

Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.

Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.

wassalam..

..isshimaisyah

p/s: sedar la wahai org melayu marilah kita bersatu demi tanah air tercinta! peace..

Saturday 4 May 2013

Jom mengundi..

fuh! esok adalah kali PERTAMA aku mengundi.. hehe, patutnya kali ke-2 tp kan, thn 2008 (rasanya) aku tak sedar lagi kepentingan Vote ni pada diri, bangsa dan negara (eceh!) tp aku masih ingat amanat Arwah abah.. selalu ckp RUGI tak mengundi.. penting walaupun 1 undi..
so, aku xcited gak ni nak pi undi.. aku undi kat Sek.Keb Sening kat kg halaman ku ler.. erm, mesti ramai kawan2 aku kan.. alahai, malu la pulak.. hihi.
korang mengundi kat mana? kat mana pun uOlls mengundi harap dapat buat keputusan yang tepat ye.. pilih la calon yang boleh menjamin kestabilan dan kemakmuran negara..okey. Kat bawah ni aku attach kan langkah2 sewaktu mengundi buat panduan 1st timer cam aku.. hehe.. 
bye!! 
wassalam <3

..ishimaisyah


Thursday 2 May 2013

Hati Berbunga2, Ngeh2..



Hi all.. td mlm dlm pukul 10mlm macam tu aku dan suami bawak Aisyah kuar jalan2 cari makan, En suamiku tak meniaga harini.. yeah (hati gumbira) leh tgk lampu.. huihui...
so, kul 11.30mlm++ tu En suami g Bazar karat jumpa kawan sat.. aku tgu je kat kereta.. sbb aisyah dah smp London! hihi.. jumpa kawan sat?? erm ye la tu dari 11.30mlm++ smp kul 1pg++ (dlm hati geram tp naseb ada kak lin suria cinta) so dpat la dengar Suria Cinta kan.. my fav radio program okey.. (jiwang seyh) ada aku kesah?? huhu... erm, bukan la nak citer apa sangat CUMA waktu dengar tu ada lagu ni.. just nak share jew.. :p 

Lirik: Teman Bicara By: Erra Fazira
Bukan sekali bukannya dua
Telah sering kita berjumpa
Belum pernah tertarik rasa
Kita sekadar kawan biasa
Aku kenali siapa dirimu
Kau pun tahu siapa diriku
Kerna engkau teman bicara
Antara kita tiada rahsia
Tiba-tiba ku lihat sikapmu
Tidak seperti dulu

Terhadapku kau menaruh hati
Sejak bila tak ku sedari
Tiba-tiba ku rasa diriku
Tidak seperti dulu terhadapmu
Ku menjadi resah
Sering kehilangan kata-kata
Kini bila bertentangan mata
Bergementar seluruh anggota
Entah mengapa tiada ku tahu
Berdepan denganmu ku terasa malu

kalau nak tgk official video tgk kat youtube ye, dari td donlod video tak lepas2, huhu.. da..
http://www.youtube.com/watch?v=CrVg6uR5eQc&playnext=1&list=PL656776B998CF8B3C
wassalam <3
..ishimaisyah
p/s: kata orang... kalau kita rindu orang tu orang tu pun rindu kita.. betul ke? erm... :D 

Wednesday 1 May 2013

Happy Labor Day


selamat hari pekerja kepada semua kenalan yang bekerja.. yg tak bekerja juga tiada hari Istimewa untuk mereka ya.. hehe, mesti la ada. Hari hari mereka adalah ISTIMEWA!.. macam aku.. sebagai suri rumah aku sentiasa rasa istimewa sbb aku leh organized kerja sendiri, buat keputusan sendiri.. apa lagi? taknak wat keje pun suka ati! haha.. 
btw, sejak lepas Graduate pd 2004 dl, ni la kali pertama aku tak sambut hari pekerja dengan nikmat "cuti" sbb aku kene kerja juga (buat kerja2 seharian la kat umah) ngeh3.. but, wlaupun begitu aku Enjoy dengan kerja seharianku.. (kemas, masak, jaga anak, bla.. bla) 
jadi nya bersyukur la kita walau apa pun yang kita ada sekarang.. sebab apa yang kita lakukan, setiap apa yang terjadi adalah kehendak Allah SWT.. so, alhamdulillah.. tak kira la keje kuli @ bos sekalipun kalau kita bersyukur sentiasa kepada Allah hidup lebih diberkati.. =) (peringatan utk diri juga) bukan nak membebel okey... 
da utk entry kali ni.. jumpa lagi! 

wassalam <3

..ishimaisyah

p/s: lau kat Tg Balau mesti meriah dengan Pesta hari Buruh kan? huhu.. jln jem!