Monday 31 March 2014

Balik Kampung


Fuh! best betul dapat bercuti 3 hari kat kampung.. erm, nyaman tak nyaman la tapi ok :) mak wat kenduri doa selamat sebab kes kedai abah tuhari dah sah kita menang.. alhamdulillah

aku n kak long sampai lambat dlm pkl 9 lebih gitu. orang dah ramai berkumpul. sedara mara semua ada (mak lang, mak long, org chaah, mak ngah, cik alan... erh ramai la ada) hehe.. seronok nya! lama tak berkumpul..

alhamdulillah semua berjalan lancar. mak masak soto, kuih muih dan lain2 sangat meriah.. tapi terfikir, kalau la abah ada..... :'( mesti abah la org paling bz ada je benda dibuat nya... apapun aku bersyukur sbb kami semua sayang abah smp bila2..

well, tu je nak citer.. hari ni aku betul2 malas nak g keje.. adoyaii.. kalau aku kaya... huhu mimpi la!!!! hahaha.. daaa..

wassalam..

..ishimaisyah..

Thursday 27 March 2014

alhamdulillah...


Syukur kepada Allah, akhirnya tanggal 27.03.2014 kami dapat menyelamatkan rumah kesayangan kami dari dilelong RHB bank. aku bersyukur kepadamu ya Allah.. dengan izinmu kami dapat membayar tunggakan RM15,800 (hampir setahun) dengan pertolongan mummy juga.. tq mami.. :)

Terima kasih pada yang terlibat, yang sentiasa membantu kami dikala kami susah.. esp, Aunt timah & kak long.. Allah saja dapat membalasnya.. semoga korang sentiasa dirahmati :) sedih sebenarnya........

tak banyak nak cakap kali ni.. cuma sangat2 bersyukur sebab dapat selamatkan rumah tu. aku harap aku dapat selamatkan rumah tu smp habis bayar. & dapat menyelesaikan hutang2 yang lain juga dengan izinNya.. amin..

wassalam

..ishimaisyah..

Wednesday 26 March 2014

Risau... :(


Hi uOlls... eceh macam retis lahai.. semalam coti (sesaja) konon nak bawak cah g cocok tapi lupo bawak dokumen.. ngeh2.. ngoi! :p lgpun kak mi balik hari isnin tuhari.. so tu yang amik cuti tu. owh ya semalam gak g umah abah.. alhamdulillah mereka sihat .. :)

lately aku rasa perubahan pd diri aku. macam... ada penyakit kencing manis. tak silap aku 4-5 tahun lepas ada cek darah ngan Mr Tan (Roche) pasal kencing manis ni.. bacaan kat situ 6 katanya dah level.. omg.. aku dah mula worried sangat2.. :(

btw, aku kene start menjaga badan awal (mulai hari ni) aisyah kecik lagi. kalau apa2 jadi pada aku sian aisyah.. owh Allah selamat kan kami sekeluarga, elakkan kami dari penyakit.. amin.. sini aku share pasal Tanda2 awal diabetes.. (untuk kita) 
klik pada link :) tq


sampai sini je, apa2 hal citer lagi.. moood: risau sangat

wassalam

..ishimaisyah..

Tuesday 25 March 2014

kencing manis


Tanda-Tanda Awal Kencing Manis

1. Kerap membuang air kecil
2. Berat badan yang menurun
3. Sentiasa merasa lapar
4. Sentiasa merasa haus dahaga
5. Letih yang tidak menentu
6. Pandangan semakin menjadi kabur
7. Mudah mendapat penyakit kulit
8. Merasa gatal-gatal pada kaki dan tangan
9. Merasa penat dan sakit kaki
10. Gatal-gatal pada perlipatan dan dua celah peha

Tanda-Tanda SERIUS/TERUK

1. Sentiasa haus
2. Hilang selera untuk makan
3. Muntah-muntah
4. Boleh pengsan dan tidak sedarkan diri
5. Air kencing menjadi manis disukai oleh semut-semut

Langkah-langkah PERLU

1. Menjaga kebersihan badan dengan sempurna dan teliti
2. Sentiasa mengawasi makan dengan teliti, elakkan gula, tidak memakan makanan yang berkanji
3. Menghilangkan perasaan bimbang dan risau terhadap penyakit yang dihadapinya
4. Sentiasa besenam dan berehat secukupnya
5. Jangan terlalu boros menggunakan tenaga
6. Apabila melakukan kerja-kerja yang berat setelah merasa penat, segeralah berhenti dan janganlah diteruskan lagi

Petua Mengubati Kencing Manis

Pilihan 1: Ambil buah petai belalang yang telah tua dan kering di pokoknya. Keluarkan isinya dan goreng tanpa minyak sehingga garing. Tumbuk sehingga hancur, kemudian bubuh ke dalam air panas dan buat minuman seperti minum kopi.

Pilihan 2: Ambil 20 gram pokok kemunting Cina bersama akar serta daun dan bunganya. Rebus bersama 2 liter air sehingga tinggal anggaran separuh. Minum 2 kali sehari sehingga sembuh. atau

Pilihan 3: Minum air rebusan pokok belimbing tanah/bukit setiap hari. Dalam masa 2 bulan akan pulih.

Petua Untuk Meredakan Kencing Manis

Pilihan 1: Ambil kulit pokok petai dan masukkan ke dalam kelongsong ketupat yang kosong dan rebus di atas perapian. Minum air tersebut 3 kali sehari.

Pilihan 2: Ambil 5 kulit buah jering (tanpa isi) dan goreng tanpa minyak. Goreng sehingga garing. Kemudian tumbuk sehingga halus. Ambil 1 sudu teh debu kulit jering tersebut dan bancur dengan air serbuk kopi yang hendak diminum. Minum air tersebut 2 kali sehari.


sumber: facebook ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

Sunday 23 March 2014

si Malas isnin

Tak tau la apasal.. (ye ke tak tau) dari bangun tadi cukup2 tak semangat nak g kerja... hai la hatim kenapa la tak der hati je nak g ofis.. tapi macam mana pun kene pergi juga untuk keluarga tersayang ku gagahi jua ke ofis..

sebenarnya aku dah mula malas2 nak ke ofis sebab ofismate kot.. atau kerja aku part purchasing ni cukup aku tak suka. tp nak wat camner terpaksa la terima dah org kasi amanah kan... btw, aku sedang juga berusaha untuk ikhlas kan diri membuat segala kerja.. :) chill la...

so, harini aku agak lewat msk ofis kul 9++ tp tak la lambat sangat hokey.. masih awal la kot. haha.. agak banyak kerja kene buat harini so sebelum balik kita siapkan semua ya.. target2!.. hehe

k la sampai sini je kot nak citer2. erm, owh ya.. harini juga aku kecik ati ngan papa sebab tak pernah nak puji2 BINI dia ni melalui kata2 pujangga mcm dia post kat wall pasal mami... 
huhu, sedey tau :'( 
Ayat pujuk: Takpe la aku sedar diri... siapa la aku kan.. tak berapa nak penting pun.. its okey! :D 
k la jumpa lagi di lain entry... daaaaaaa....

wassalam

..ishimaisyah..

Thursday 20 March 2014

work day-11


Setakat hari ni erm.... ok la 2 hari lepas Mr Keran (Yu Keran) ada panggil aku tanya apa2 masalah yg dihadapi.. aku ckp OK je.. walaupun ada la sikit2 aku tak puas hati. tp apakan dayaku aku budak baru.. huhu...

apapun, masuk harini dah 2 hari aku take over keje aini.. kenapa? sbb aini xcident 2 hari lepas kat area kilang juga.. tp alhamdulillah, Ning ckp aini dah keluar wad... syukur tak der masalah apa cuma kaki kene jahit.. wish u recover soon ya..

aku mula bimbang pasal berat badan aku yang makin menjadi2. Alahai badan.. rasa berat sangat nak bangun nak wat keje cepat letih, aku pulak kene jaga purchasing... kene jumpa staf operation setiap 2 hari.. takper la mungkin lama2 jadi ringan kot. tp terfikir nak makan ubat kurus... terpaksa hokey!

alasan... haha, well sampai sini saja entry kali ni. jumpa lagi nanti dilain lembaran.. da....


wassalam

..ishimaisyah..

Monday 17 March 2014

Work day-9


Pagi2 lagi dah ada meeting.. erm, hari2 pun meeting ma.. hehe, tak la tapi selalu jugak kot. well, pagi ni citer pasal operation site and ofis site juga. aku diamanahkan untuk buat purchasing dan staff salary (operation) la.. 

Pastu, Mr james pg2 lagi dah sibuk suh aku g seminar kat New York hotel tapi cina2 ni sibuk juga tak kasi aku pergi siap tanya "lu ada kene mengena dengan GST meh?" cam tuh pulak.. aku jawab la suka hati u.. tanya bos.. abis citer. ingat aku heran sangat nak g seminar setengah hari tu..? pooodah... g la aku faham korang jakunnnn.. :)

wel, tak der la masalah sangat tapi boss yang suruh aku pergi. kenapa diorang tak kasi aku g pulak kan.. budus! ah, lantak la diorang ni bukan bagus pun pandai mengampu jek.. :p

ok la harini kami semua kat umah bangkit lewat so smp kerja pun lewat.. hihi.. takper la sekali sekala je... ok da sampai sini saja, esok kita ngobrol2 lagi ya... :) 

wassalam

..ishimaisyah..

work - day 8


hai hai hai.. lama tak writing apa2 dlm blog ni kan.. (cam retis je kau) hehe.. erm, hari ni kerja hari ke8 dah start wat keje2 purchasing. Pagi tadi ada appointment ngan company jual walking talkie tp jenis mobile cam police car. so far... ok la :) hehe..

Pagi tadi mami ada call pasal rumah.. agak melegakan lepas mami dapat call zariani RHB (team leader for housing loan) lebih kurang gitu la post dia.. & dapat juga cerita pasal payment dah up to RM16k++. fuh! btw, she's a very good person i think. so, mami janji bayar end of this month sebab duit akan keluar among dat time.. oh god, i wish to... 

pastu, mami ckp officer bank kata suh pesan kat aku jgn jual rumah. sbb harga umah aku sekarang up to RM400K!!! wow, so amazing kan.. mahalnya.. :) tp, tgk la camner semoga Allah mengizinkan. Amin

ok la takder apa nak tulis lagi banyak2 penat la tangan pakai keyboard ni, hehe complaint pulak.. hehe, daaaa.. 

wassalam

..ishimaisyah..

Wednesday 12 March 2014

Suka Hati!!


Hari ni agak menyeronokkan sebab dah mula berbual2 dengan staff lain. erm, diorang ok je cuma memula je nampak 'act' hihi...

biasa la kalau memula masuk kerja kan, as new staff mesti rasa janggal dan terasing sikit sebab masing2 belum tau perangai dan karaktor sebenar kan.. tak kenal maka tak cinta ma.. aku luaran nampak garang, sombong, tak banyak cakap tp aku rasa kalau dah lama2 tak terlayan la...

hehe, aku curi2 lagi tulis entry ni kt ofis. btw, kalau boss takder la kan lau ada boss agak2 la.. nak bkk fb bagai.. hihi :p

Maybe next time aku akan buat biskut cis (ala2 tiramisu) menu cikgu mai kongsikan dulu. Nak kasi amik hati sikit la kat officemate kan.. kan.. kan.. haha. go shima u can do it!! 
in shaa allah.... :D

ok, sampai sini sahaja entry kali ni. jumpa lagi next story mory (cam mami ckp) :p daaa...

wassalam

..ishimaisyah..

Mula kerja, yeehaaa!!


Masuk hari ni dah hari-3 aku bekerja di tempat baru. agak seronok kerja di sini.. cuma boring sebab masih belum ada task utk aku. :( erm, tak per la relax2 dulu nanti dah ada kerja amik kau!

haha.. cuma yg mengelirukan aku tentang position aku di sini. Memula hari-1 tu Manager (engineering) panggil aku suh wat SOP utk company.. setup all management process.. adoy, ini keje En Fuad dulu ni.. huhu, apakah? mengapakah? sebab dia ada bgtau yg aku highest level among klik yang ada. pulak...

Hari-2 aku hantar assignment yang boss mintak dan2 ptg tu Lady boss pulak masuk ofis dan jumpa aku. Borak2 macam interview je dan sempat jugak dia kata akan letakkan aku pada post yang sesuai.. tgk la apa post dia nak kasi tapi memang aku tak tau la.. hope suit me well :) 

ok la, sampai sini saja entry kali ini (curi2 tulis kat ofis) hehe... abis dari aku ngantuk, main solitare la apa la.. haha.. bek aku tulis entry kan kan.. ok, daa

wassalam

..ishimaisyah..

Wednesday 5 March 2014

I'm Employed!!! :D


Syukur alhamdulillah, Allah makbulkan permintaanku untuk bekerja semula.. Alhamdulillah, terima kasih Allah atas kurniaanMu yang tak terkira selama ini.

Hari isnin ni aku akan bekerja semua selepas almost 2 years aku unemployed dari ICMC. persoalannya?? dapatkan aku bekerja seperti dulu..? masih boleh kah aku bekerja mengikut kehendak majikan? owh.. Allah, permudahkan segala jalan untuk aku menghadapi cabaran baru ni, Amin..

sebagai langkah persediaan, aku bukak la Youtube searching pasal ubs system.. hehe, lama tul la tak buat ubs.. ingat2 lupa, tp aku tidak akan pernah putus berdoa supaya Allah sentiasa memberikan jalan dan dipermudahkan segala urusan hambanya.. In sha Allah la doa2 juga usaha kene ada beb.. hehe :p

well, kawan2 sedara2 mara2 semua semoga kita terus maju kan diri ya. walaupun apa kerja yang kita lakukan seharusnya kerana Allah sbb semuanya adalah pinjaman dari Nya. cuma kita yang menjalankannya.. wallahualam..

ok, daa bye....

wassalam

..ishimaisyah..

nota kaki: gambar co. baru yang bakal aku jejaki.. eceh!

sejuk sokmo no... i like!..

Sunday 2 March 2014

Bintik2 Ayam


Alahai, akhirnya kene juga Princess mama penyakit paling la mama tak suka (tapi memang semua org kene) apalagi kalau bukan cHicken pox. :( 

Alkisahnya hari sabtu lepas aku ke rumah kaklong.. saje2 je jalan2 sana.. tup2 masa nak mandikan cah nampak la tanda2 yg gelembong2 dlm ada air tu.. ha, tu la... pernah kene dl so masih ingat la. (ceh, terkenang la pulak insiden aku terChickenpox dulu) huhu...

walaupun sakit aisyah kuat je kan.. ketawa2 main2 macam biasa tapi dah hari ke2 & ke3 mula la mama tak tdo malam.. adoy, sabo je la.. tapi memang kesian sangat... :'( kami tak bawak aisyah ke klinik (MAHAL) kurang2 pun RM80++ so pergi ke pharmacy je beli obat :) save sangat2 tak sampai RM20 pun.. hehe

hari ke 5-6 aisyah dah ok cuma kesan2 gelembung masih belum kering so tunggu la sampai kering ya baru dapat cocok 1 1/2 tahun erk. hehe....

ok, tu je untuk tatapan harini, segala yang baik dari Allah dan yang Buruk hanya dari saya.. 

wallahualam

..ishimaisyah..