Monday 26 May 2014

Genap 2 tahun..


Semalam 26 Mei 2014 genap 2 tahun abah meninggalkan kami sekeluarga.. Rasa RINDU sangat kat arwah abah.. paling aku rindu gurauan abah, teh abah, kari abah dan segalanya... alangkah indah kalau dapat mimpi abah setiap hari.. mesti terasa sangat dekat. 

Tapi aku sedar cuma doa yang mendekatkan aku dengan abah.. ya, doa yang tulus ikhlas.. 

Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibubapaku, haramkan tubuh mereka dari disambar panas api neraka. Kau luaskan kubur abahku HASSAN BIN ITHNIN, terangi kubunya dengan cahaya, lepaskan abah dari seksaan kubur dan api neraka. Tempatkan abahku bersama org2 beriman disisiMu. Begitu juga dengan emak SUTHIMAH BINTI KARSO, berilah mereka kebahagiaan di dunia dan akhirat
"ALLAHUMMAGHFIRLI DZUNUBI WALIWALIDAYYA WARHAMHUMA KAMA ROBBAYANI SOGHIRO"
Amin ya robbal a'lamin..
itulah doaku pada setiap kali lepas solat...

Walaupun begitu aku bersyukur kerana abah pergi dengan tenang dan aku yakin Allah lebih menyayangi abah daripada kami. alfatihah... 

ok la sampai sini saja, jumpa lain entry ya. wassalam..

..ishimaisyah..

p/s: hari ni aku berpuasa isra' mikraj mudah2 di berkati.. 


Thursday 15 May 2014

Pak uda operation..


Rasa happy bercampur risau.. 
begitulah perumpamaan utk menggambarkan perasaan aku sekarang 
walaupun nampak biasa je nampak cam tak care, tp hari ni gundah gulana.. 
aku dah anggap pakuda macam abah aku juga. 
:) 

tak tau pukul brp operation, tapi is ckp petang ni.. 
so, balik kerja ni kene g beli lauk la sebab diorang akan bermalam di rumah kami start esok kot.. I suka!!! 
nasib arini ada pinjam (advance) hehe... lega :)

pak uda ceria sebelum di operate - gambar ehsan dari kak long

apapun harapan kami semoga segala perjalanan operation nanti berjalan lancar. hope tiada apa yang berlaku dan dipermudahkan.. Amin.
Pak uda jgn risau banyakkan selawat ya.. hehe (macam org tua tu dengar kan..) :p

ok la smp sini saja, jumpa lagi lain entry.. da, wassalam

p/s: hari ni birthday Mummy... :))

..ishimaisyah..

Tuesday 13 May 2014

Happy sangat2 berganda2


Semalam Mak, kak ngah & anak2, adik, kak long & anak2, Mak uda, suri & family, ijat & saiful datang ke rumah kami.. 
alangkah happy nya aku walaupun mereka datang sekejap sangat.. :( 
tapi yg penting hilang rindu!!

Best sangat sebab semua kumpul makan2 tgk tv, gurau2, cerita2.. 
hope akan berulang la di lain waktu :) 
I hope!!

Diorang dtg umah aku pun sebab nak visit pakuda kat sepital.. sian pakuda, tak operate2 lagi masih tangguh tak tau smp bila. hope dipermudahkan urusannya Amin.. apapun, kami sentiasa berdoa utk yg lebih baik.

Aisyah? paling havock sampai berpeluh2 maybe lama tak jumpa sepupu2 ya.. 
takpe la ma kasi can :) hehe.. 
ok la smp sini je bingkisan utk kali ini, wassalam.. daa

..ishimaisyah..

Sunday 11 May 2014

Sambutan Hari Ibu


Haha.. kalau sebut hari ibu memang semua kat page FB akan wish Happy mothers day.. so, dalam fb aku ada gak la post kat wall HMD kat mak, mami, aunty, k.long, k.ngah, kak mi.. alah, saja suka2.. hehe :)

berikut link ke fb aku.. 

Bagi aku, macam yang sama aku ckp tahun lepas tak silap aku.. Hari ibu dalam islam ialah hari2 cuma bila ada speacial date kita akan lebih dihargai.. btl tak? sebab sama mcm birthday la.. hari2 kita raikan hari kewujudan kita dengan bersyukur kepada Allah, tapi bila ada born date (completed dengan time and year) akan lebih bermakna dan special.. 

yeah, its for me tak tau la org lain.. apapun aku nak wish lagi sekali 
Selamat hari ibu semoga ibu2 sentiasa dirahmati Allah swt dan sentiasa memberikan yang terbaik utk anak2 meskipun anak2 sudah meningkat dewasa.. :) 
jasamu Ibu tidak ternilai

ok la sampai sini je dapat aku coret kan.. last not least, utk bidadariku Nur Aisyah Nabilah kehadiranmu memberikan sinar baru dalam hidupku.
"terima kasih Allah, kerana memberikan peluang menjadikan aku seorang IBU"
waaaa... tetiba touchin :'(

daaaaa wassalam..

..ishimaisyah..

Friday 9 May 2014

Kuatkan aku Allah..


Aku hanya insan biasa.. 
saper2 kenal aku memang nampak aku ni kuat. nampak garang. nampak tabah. tapi sebenarnya aku tak macam tu kot.. 
aku lemah, aku tak kuat, aku tak boleh tahan lagi......

ya Allah.. hanya padamu tempat aku mencurahkan segalanya.. 
doaku semoga aku dan keluargaku menjadi lebih baik dan berbahagia sehingga akhir hayat kami. 
Namun andai ditakdirkan kami berpecah, aku terima dengan ikhlas hati...

aku redha dengan jalan takdirmu ya Allah kerana apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya dan aku percaya kau adalah sebaik-baik perancang. Amin

wassalam

..ishimaisyah..

Thursday 8 May 2014

Di mana aisyah (part 2)


cont.....

Dekat pukul 6 home time, aku balik umah p.indah sementara tunggu mami sampai econsave skudai pkl 7.30mlm camtuh.. sempat aku mandi semua.. masih keep calling dengan kak mi n mami pasal perkembangan aisyah. 

Dalam kereta pun kami masih dok tertanya2 masing 2 tak dapat call mereka2 di rumah.. :(
Sampai umah mami, aku tarik nafas lega sebab dapat tengok aisyah depan mata.. Fuh! barulah dapat tau citer.. rupanya eden call kak mi pkl 9lebih, pastu tak lama is balik. One more thing, nak jadi drama semalam.. semua phone tak dapat call.. baik is, eden & jim.. siap kak mi call sekolah diorang nak ckp pasal aisyah.. dasat!

malam tu my dear loving husband kene BEBEL dengan kak mi... Thumbs up 4 u babe! 
:p

apapun syukur tak jadi perkara tak diingini, ada juga ak tanya eden kalau ucu tak balik awal.. katanya nak bawak aisyah ke sekolah... haha, sayang abang erh... ok la smp sini je, len kali citer manyak2.. da, wassalam..

..ishimaisyah..

Wednesday 7 May 2014

Di mana aisyah (part 1)


Eceh.. tajuk entry macam chanel Astro jew.. hehe, alkisahnya pagi tadi aku dari rumah mami.. erm, sebelum kuar tu Enden ada bgtau aku dia g sekolah awal dalam pkl 10.50pg camtu.. so, dia minta aku call is jgn balik lewat hantar mami sebab tak saper ada kat umah ecah tinggal sorang.. aku pun ok la.. :)

..sampai ofis daku sudah lupa......

pukul +- 3 ptg, kak mi called, tanya aku kat mana.. aisyah kat mana? is mana? aik?? aku pelik tapi tetiba aku teringat pasal pesanan eden pagi tadi.. adoy! salah aku la ni.. terlupa nak call is, alahai mana aisyah ni...? takut is lambat balik... eden dah g school.. jim stayback school... aisyah kat umah sorang?????? ya Allah... mula la aku risau gila! bukan aku je risau mami n kak mi lagi risau.... sebab eden call dah nak g sekolah is tak balik lg..

"naluri seorang ibu.. aku mesti +ve thinking.... aisyah sure dengan papa....."

Bersambung.........

..ishimaisyah..

Tuesday 6 May 2014

Sebab xcident..


Semalam aku tak der mood nak tulis entry sebab masih ketakutan dan Fobia... Hari ni pun aku masih fobia nak masuk simpang ke tempat kerja.. :( adoy..

Nak dijadikan cerita semalam.. aku bawak wmy3290 ke ofis. sampai depan Nature at work, aku ingin membelok ke kanan.. aku terpaksa berhenti utk melintas so, tak smp beberapa saat aku dengar bunyi dentuman.. Bang! ops.. 

Rupanya kereta selang 1 kereta belakang kereta aku sudah kene sondol dari belakang dia dan yg terlibat 3 biji kereta.. adoy, kesian sebenarnya.. tapi abang tu marah2 aku pulak sebab katanya salah aku, siap ketuk pintu ofis kau.. bro, aku pun ada marah juga naik angin la aku... sudahnya malas aku layan brother tu.. 

tapi..... aku rasa bersalah sangat2 sebab tak minta maaf pada diorang yg terlibat sbb aku rasa aku la punca crash tu.. huhu, aku hanya mampu berdoa semoga urusan mereka semua dipermudahkan.. Amin ^_^ 

oK la sampai sini je entry kali ni.. jumpa lagi next entry, daa..... :) wassalam

..ishimaisyah..

Monday 5 May 2014

Mimpi Arwah abah..


4 hari aku cuti dari hari khamis sampai la Ahad... haha, aptb la.. hilang semua diet atkin aku tu.. mana taknyer kalau cik abang sayang aku ada kat umah masak macam2 sampai aku terGODA sangat2.. hihi tapi takper la aku happy :D

so, alkisahnya tak jadi la segala diet miet aku kali ni. so, harap2 ada lagi peluang utk aku diet lagi sekali dan kali ni Baek punyo.. haha.. In sha Allah.. aku betul2 nak kurus macam dulu. ya Allah permudahkanlah jalan utk aku berdiet.. Amin

takder apa yang best waktu cuti, sama la mcm biasa jln2 makan2, cuma semalam (ahad 4/5/2014) aku mimpi abah. kali ni pelik sbb aku mimpi abah call hp mak tp ak yang pickup dan bila ak tanya abah kat mana...? abah diam...... ak pass pd is, dlm mimpi tu abah ckp kat laki ak something.. dlm mimpi tu juga ak tanya laki ak apa abah ckp, dia kata abah ada Order sesuatu... cukup misteri, apakah kenapakah?? owh... 

semoga Allah dapat memberikan aku petunjuk lagi sekali.. dan aku berharap akan dapat jawapan segala persoalan dan menyelesaikan masalah dalaman & krisis dalam diam keluarga kami.. :(

ok la jumpa next entry.. tgk la diet ni tak berkesan daaa.. fedap! haha.. bye, wassalam..

..ishimaisyah..