Friday 31 January 2014

aisyah 1 yr cucuk


Semua silap mama & papa cah, huhu... tu la asik menagguh saja. Naseb tak kene mareee dengan cik misi. masa tu Pandai2 la mama n nenek muda auta wat2 citer kenapa lewat dapat cucuk 1 yr sbb cah dah 3 YEARs old hokey.. fuh! kalau aku jadi cik misi tu aku pun Vengang! haha

apapun semuanya dah selamat, tuhari cah nye health record dah up to date. nak citer masa kene cucuk tu  punya la tough anak mama siap tengok je misi cucuk arm dia.. so strong la u my sweety.. Proud of u :)) after dat muka dia senyum2 je siap cakap ma tak sakit, nanti cah nak cucuk lagi.. alahai, tak leh la nak scared aisyah dengan "cucuk" lagi.. huhu (padan muka aku)

well, aku lega.. at least 1 step dah dimulakan.. tinggal lagi dokumen cah je tak lengkap lagi.. in shaa allah soon.. 

ok sampai sini je coretan kali ni.. 

wassalam

..ishimaisyah..

Monday 27 January 2014

Hafiz Juara lagi!! yea....


HAFIZ mana pulak la kau ni shima...? mesti la Hafiz AF my fav singer tu.. dah nyanyi sedap, lagu sedap Menang la jawabannya.. hehe.. 
congrats Hafiz! keep it up!.. 
walaupun aku tak dapat apa pun sebagai penyokong tapi takpe la.. 
BEST BEST BEST!! :D

Malam tadi kami tgk AJL 28 (tak silap) purata, lagu bertanding semua BEST2 belako!.. 
cayok la semua peserta macam2 gelagat diorang dalam theme "Game On" hehe.. host kali ni scha dan AG.. ups, baru tau Scha dan mengandung.. (tahniah awal n scha)
Berikut gambar2 persembahan yang menarik mata AKU (org len aku tak tau la kan..)

Paling best tak jemu tgk

Ok la sampai sini je, lain2 cerita esok2 kita cerita.. Daaa...

wassalam


...ishimaisyah...

# dapat tau fir pun ada wat persembahan malam tu (rasa ada tapi tak perasan...) tahniah juga tuk fir (anak cik, kl my cousin la...) 

Antara Gambar2 Malam AJL28 (ihsan Mr Google)

Senarai pemenang malam tu.. Tahniah guys! 

Syok tengok show stacy.. semangat! 

My favourite singer (mana tak menang...) huhu

Senyum la Senyum la ahai cek mek molek.... ahai! DMDK performance 

Real outstanding performance ever.. caya la Jac & frenz (Thumbs up)

The Host AG & Scha (she is preggy, congrats)




Thursday 23 January 2014

Task for Aisyah


Tadi terbaca pasal Aktiviti Kanak-Kanak yang Murah dan Best. Yes Info paling aku suka sebab ada "MURAH" di situ ya.. hehe :p

so, bermula la planning mama utk aisyah nyer multitasking lepas ni.. walaupun tak ke sekolah, mama boleh mengajar dan buat aktivit macam kat sekolah.. yeah! ni la blog yang aku dah follow tadi.. sila la Follow and read ya bonda2 sekalian.. :D

Blog untuk ibu-ibu saja :p


so, mesti korunk ibu2 yang bijak nak buat macam ni kan.. BAGUS!! Ini la waktu yang sesuai untuk kita Feel saat2 bersama anak-anak kita membesar.. sebab lepas diorang dah besar dah susah nak together2 kan.. huhu, lagi2 macam aku.. anak sorang je.. :( 

hokeyla, sampai sini je entry kali ini, apapun semua selamat mencuba ya... pesan utk diri sendiri dan semua: 
Hargailah anak2 kita sementara mereka masih memerlukan kita.. 

wassalam

...ishimaisyah... 



Tuesday 21 January 2014

Aku ketagih lagi... :(


Ups, jangan la salah sangka! hehe... I dah mula ketagih KEMBALI si pakcik 
Candy Crush ni la... huahuahua... adoy kalau tak tgk sehari RINDU sangat2 la... sekarang dah level 165 kau.. wah! macam bagus je.. org len dah smp level 400 pun tajk benda.. kahkahkah, hihi... btw aku nak trget smp level 200 dulu (jgn banyak2 nanti goyah) haha...harap2 la tercapai target.. 

Nak tau apa yang Best pasal Candy Crush? (pada aku la.....)

|
|
|
|
|
|
|

(1) MENARIK PERHATIAN - si candy yg macam la lazat nak mam...
(2) PRIZE DAILY - sekarang ada wheel prize bonus sekali saja sehari (boleh guna @ simpan)
(3) TAK JEMU - sebab lain2 kan dia nyer cabaran..
(4) TAK DER KEJE !!!!!!! TU SEBENONYA!!!!! HAHAHA

so, smp sini je la yep entry kali ni (dari takde) hari ni bangun pagi cam biasa jadi co driver paksupir hantar mami, n budak2 sekolah... takper la hidup perlukan pengorbanan... ok, daaa...

wassalam

...ishimaisyah...

Monday 20 January 2014

Missed Mom


Bila terbaca message mak tadi, rasa RINDU pulak kat mak.. erm, Baik atau Buruk perangai mak, Dia tetap mak kita dunia akhirat. Mak, akak memang sentiasa ingat dan rindukan mak. kasih sayang pada mak tak pernah padam meskipun kadang-kadang terasa hati pada mak dan akak rasa mak pun begitu juga... kecewa dengan sikap akak..
Mak, bila sampai masanya akak akan balik ke rumah mak dan kita akan berjumpa.. bukan niat akak untuk berjauhan dengan keluarga tapi banyak yang perlu dilakukan untuk menjernihkan kembali hidup kami sekeluarga, mak tak perlu risau kami akan menjaga diri baik-baik. Mak pun perlu jaga diri baik-baik ya.. jangan skip makan ubat dll. Akak sentiasa doakan kesejahteraan mak..
Apa yang mak perlu tahu walaupun akak jarang msg/call bukan bermakna tiada ingatan kuat pada mak dan keluarga.. kamu semua tetap bersemadi dalam hati.. Namun HIDUP PERLU DITERUSKAN.. akak perlu lebih tabah dalam menghadapi hidup yang mendatang.. doakan yg baik2 utk akak dan keluarga ya.. tq mak, tq Allah..

Doa untuk Ibu Bapa:

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Maksudnya:
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua orang tuaku sebagaimana mereka mendidikku dan menyayangiku sewaktu aku kecil. Amin..

Kepada emakku SUTHIMAH KARSO semoga emak dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan diberkati hidupmu didunia dan akhirat.. 
Amin ya Rabbal A'lamin

wassalam

...ishimaisyah...

Thursday 16 January 2014

Header FREEBIES


Hari ni baru terperasan HEADER blog cmanisaisyah dah siap.. lawa.. walaupun FREE. tq pada bloger yang baik hati ni. sangat cantik dia create utk aku.. (tp bukan aku sorang.. melambak dah dia tolong watkan) ngeh2.. so dengan serta merta tukar header.. hihi... 

|
|
|
|
|
|
|
v
taraaaa!!!!!!
cantek tak??? 

ni link kepada web si baik hati:http://www.madrasahkehidupan.com/

tq so much to Ms Afar (the writer) .. u did  a great job sis! sebagai menghargai kerja keras si baik hati aku tukar je header ni serta merta.. bukan apa.. saja nak wat benda baru :) 
so, ok la kita jumpa lain entry ya.. daaa

wassalam

...ishimaisyah...

Tuesday 14 January 2014

Selasa yang Bening


Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur sepanjang hari ini.. sesungguhnya aku amat bersyukur Ya Allah kerana kau kurniakan aku keluarga yang aku impikan dan dikurniakan juga kebahagiaan dan kesihatan yang baik.. ^_^
Pagi tadi kak long n family datang menziarahi mami di rumah.. masa tu aku belum mandi lagi (bangun lambat) aisyah pun bangun pukul 10pg (+-) biasa la.... hehe, lepas sidai kain (aktiviti rutin) aku mandikan cah n aku bersihkan diri tau2 je, Amirul dan mami dah siapkan lunch.. nasi ayam steam.. yeah.. yummy! 
Lepas makan... kami lepak2 di rumah mami je.. baring2 tgk cd.. Iskandar??? owh ya, pagi tadi dia ada perarakan MAULIDUR RASUL.. teringat zaman sekolah waktu maulud nabi kan.. jalan sepanjang sekolah ke masjid dan makan nasi minyak dalam DULANG! heaven.... pulak masa tu aku share dengan Ani je.. huhu... dasat kan.. :p
Btw.. alhamdulillah juga masalah kami pasal kewangan semakin hari semakin OK.. alhamdulillah... syukur Allah berikan petunjuk :) tq Allah.. Aku yakin semuanya akan berakhir tak lama lagi.. Amin.. Ok la, sampai sini sahaja dapat aku cot cet cot cet, mata dah hampir stim.. tanda nak tdo sudah.. hihi.. sampai bertemu lagi di lain lembaran.. daaaa..

Wassalam..

...ishimaisyah...


Artikel: MaulidurRasul 1435 Hijrah


Maulidur Rasul
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya

Jom! Berselawat ke atas Nabi SAW ^_^


wassalam

...ishimaisyah...

Saturday 11 January 2014

artikel: Allah Menguji Kerana Manusia Mampu Menghadapinya


“Dan sungguh Kami benar-benar akan menguji kamu dengan sedikit rasa takut, kelaparan, dan kekurangan harta, hilangnya jiwa, dan sedikitnya buah-buahan… (Surah al-Baqarah : 155)

Berat sungguh beban yang ditanggung oleh jiwa ibarat sebuah lori yang sedang membawa muatan yang melebihi had yang dibenarkan, merangkak-rangkak mendaki bukit. Di jalan yang rata pula bisa dikalahkan oleh kenderaan yang lebih kecil “cc” kelajuannya. Bagaimana berat rasa yang ditanggung oleh jiwa bergantung kepada tahap kemampuan seseorang menyerapnya. Apabila seseorang itu gagal menyerap beban dijiwanya akibat ujian yang sedang ditimpakan ke atasnya, makan tekanan dijiwanya akan bertambah berat. Semakin lama beban yang ditanggung itu semakin bertambah sehingga jiwanya tidak mampu menanggung lagi bebanan yang ada. Derita sungguh menanggungnya, ibarat kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Mata-mata banyak sekali yang melihatnya. Ada yang simpati, ada yang kehairanan, malah ada juga yang tidak ambil peduli. Namun, orang yang menanggungnya lebih hebat dari yang melihatnya.

Melayan perasan kerana ujian yang sedang melanda hanya menambah beban yang ada dijiwa. Semakin dilayan, semakin hebat kesannya. Semakin derita rasa dijiwa. Rasa sedih akan menjalar disetiap pelusuk jiwanya sehingga dia merasakan dialah yang paling derita dan orang-orang disekelilingnya pasti tidak memahaminya. akhirnya menjadilah dia orang yang berputus asa kerana ketidakmampuan menanggung derita dijiwanya.
Ya Allah, Apa yang diuji oleh-Mu adalah apa yang termampu ditanggung oleh hamba-hamba-Mu.
Sedarlah wahai manusia, Allah tidak akan membebani hamba-hambaNya melainkan apa yang termampu dihadapi oleh mereka. Sebagaimana firmannya yang bermaksud :

Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…. (al-Baqarah 286)

Malah Rasulullah SAW sendiri turut menyebut di dalam hadisnya yang bermaksud :

Satu ketika Nabi saw ditanya “Siapakah orang yang paling berat ujiannya?”. Maka Baginda menjawab:

“Para Nabi, kemudian orang yang seperti mereka sesudahnya, dan orang semacam mereka berikutnya. Seseorang itu akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Apabila orang itu kuat agamanya maka semakin keras ujiannya. Kalau agamanya lemah maka dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Maka musibah dan ujian itu sentiasa menimpa seorang hamba hingga dia ditinggalkan berjalan di atas muka bumi dalam keadaan bersih dari dosa.”
(Riwayat Imam Tirmizi)

Sesungguhnya Allah tidak akan berlaku zalim kepada hamba-Nya. Setiap yang diuji itu adalah sesuai dengan tahap kemampuan hamba-Nya. Cuma sebagai hamba, hendaklah berusaha untuk mengatasinya. Sekiranya seseorang itu tidak berusaha untuk mengahadapinya, sudah pasti mereka tidak mampu berhadapan dengan ujian yang sedang menimpanya. Sudah pasti jiwanya akan semakin lemah dan akhirnya putus asa semakin mendekatinya. Inilah yang paling ditakuti bakal menimpa seseorang manusia itu. Ya, putus asa!

Berusahalah dan yakinlah Allah akan membantumu.
Wahai manusia, yakinlah dengan sepenuhnya bahawa Allah akan membantumu. Berusahalah dan bertawakallah kepadaNya dengan sepenuh jiwa. Pasti pertolongan Allah itu akan datang kepadamu. Tiada pergantungan yang sehebat-hebatnya melainkan meletakkan sepenuh kebergantungan itu kepada Allah semata-mata. Percayalah, makhluk tiada upaya walau sebesar zarah sekalipun untuk membantumu, melainkan Allah jualah yang berkuasa menyelesaikan masalah yang sedang dibebani olehmu itu.

Setiap yang diuji itu semuanya baik-baik belaka.

“Sungguh mengkagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya semua urusannya adalah baik. Dan hal itu tidak akan diperoleh kecuali oleh seorang mukmin. Apabila dia mendapatkan kesenangan, maka dia bersyukur. Maka hal itu merupakan kebaikan baginya. Dan apabila dia ditimpa kesusahan maka dia bersabar. Maka itu juga merupakan kebaikan baginya. (Imam Muslim)

Apabila seseorang itu telah mencapai tahap kebergantungan dan keyakinan yang sebenar-benarnya kepada Allah, maka segala ujian yang menimpanya itu akan diterima dengan redha dan kesabaran. Sekiranya datang kesedihan dalam hatinya maka bersegeralah dia beristigfar memohon keampunan kepadaNya dan akhirnya hatinya kembali tenang menerima ujian yang sedang menimpanya. Pada mereka, setiap ujian itu semuanya baik-baik belaka.

Khabar gembira apabila diuji

RAsulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“Tidaklah ada suatu musibah yang menimpa seorang muslim melainkan Allah akan menghapuskan dosa dengannya walaupun duri yang menusuk badannya.” (Imam al-Bukhari dan Muslim)

Allah berfirman yang bermaksud :

“Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” (al-Insyirah : 6)

Dihimpit Masalah, Aku perlu tabah...


Hari ni rasa sedih sangat.... sekarang barulah aku faham hakikat kehidupan 
kalau kita susah apapun tutur kata apapun yg kita lakukan semuanya tak memberi kesan kepada orang lain..
Biarlah hanya Allah sahaja yang tau isi hatiku.. walau macamana pun..
HIDUP PERLU DITERUSKAN

MASALAH???? 
sentiasa ada kepada sesiapa pun insan di dunia. cuma cara dan jenisnya sahaja yang berbeza. Aku percaya setiap masalah pasti ada jalannya sebab....
(rujuk next entry - ARTIKEL ) 
link to: http://cmanisaisyah.blogspot.com/2014/01/artikel-allah-menguji-kerana-manusia_11.html

SEKARANG!!
Duit rumah, Api Air, Personal Loan, Kereta, Hutang orang itu ini gedebak gedebuk.. #*@!$8t)"]+>? fenin fenin.. tapi aku percaya adanya Allah.. ya Allah bantu aku ya Allah.. Hanya padamu segala jawapan dan jalan penyelesaian bagi MASALAH yg melanda diriku. Aku perlu kuat dan tabah... kuatkan la aku! :'(  Aku yakin segala yang terjadi ini adalah susanan terbaik jalan kehidupanku..
Aku bersyukur sangat dikurniakan ibu mentua dan kakak ipar yg memahami.. boleh la aku meluahkan perasaan kepada mami dan kakak mimi.. tq  uOlls kerana sentiasa menyokong aku lebih dari Iskandar (hihi) dan sekurang2 nya aku rasa lega kerana masih ada insan lain yang menyayangiku selain suami, kawan2, ahli keluarga sendiri dll.. Amin.. 

wassalam....

...ishimaisyah...

Mummy Excident :(


Tgh syok2 tdo kat tgh umah mami tiba2 dengar suara Yul "Hah, Nenny ok x" kami terus bangkit dari tdo (exp cik cah) hehe... sesekali curi2 dengar skt2 jalan cerita perbualan telefon Yul n Mami.. 
"Kat mana?... ok2 Yul, datang sekarang nenny tunggu sana.. budak tu ada lagi x? Nenny ok x? Sekarang juga Yul sampai dengan Ucu.."  Berdebar2 menunggu Yul explain apa yg terjadi.. "Nenny excident" jelas yul ringkas. Aku tengok is dah siap2 pakai baju dan capai fon, wallet n car key.. terus naik atas start engine kereta. Sempat aku pesan hati2 jgn risau pasal aku n budak2 (cik cah, jim & eden) 
Start is keluar ngan yul aku n eden tak leh nak tdo.. sesekali terlelap juga tapi asik terbangun dan followup pasal mami.. Risau sangat! Jam dah pukul 6.30pg tp is, mami n yul tak balik pun lagi.. Tambah la Risau.. aku call is.. katanya mami ok cuma tangan sebelah kiri tergalih dan perlu di betulkan.. Ya Allah selamatkan la Mami... 
Tepat jam 8pg (lebih kurang gtu) mami balik ke rumah dengan wajah yg sayu aku rasa mami menyembunyikan sakitnya...Kesian mami.. aku cuba la bantu mana yg boleh :) Luarannya Mami memang nampak ceria tapi deep inside aku dapat rasa kesakitan, kekecewaan dan ketahanan jiwa mami (salute)
           FAKTA KEJADIAN 
(1) Tempat: Highway Permas Bridge 
(2) waktu: 2pg (+-)
(3) Jenis kecederaan: Tergalih tulang sebelah kiri dan retak sikit 
(4) Rawatan: HSA (simen tangan, masuk air bla2) 

>> Gambar-gambar kejadian ehsan dari En. Ismail Fahmi (uncle Boboy) 


Kereta berguling 3 kali sebelum berhenti 

Nasib baik ada hamba2 Allah yang membantu, tq

... so jadinya harini aku sangat bersyukur kerana Mami masih diberi peluang meneruskan kehidupan walaupun diuji dengan musibah yg hampir meragut nyawanya.. Alhamdulillah (tq Allah) 
wassalam 
...Ishimaisyah.. 

# tq facebookers yg mendoakan kesejahteraan mami :) 

Friday 3 January 2014

Happy Birthday Kak Long


Hari ni hari jadi kaklong ke-39 tahun.. happy birthday long, semoga panjang umur, murah rezki dan diberikan kesihatan yang baik.. tuo dah kakakku ini.. hihihi.. 
tak der apa yang nak dikata cuma nya luahan rasa seorang adik utk kakak tersayang dihari jadi..cek it out (copy yo...) :p
|
|
|
|
|
|
V
"you give us so many moments that make us smile. I have learned a lot from you and I am so happy that I have you in my life. Happy Birthday dearest sister"

kata2 simple tapi penuh keikhlasan... kan kan kan???? hehehe... tetiba touching kan.. 
btw, that was what I felt hokey.. :)

******

Ni pulak present utk kak long..

|
|
|
|
|
|

|
| |
|
|
|
V

tadaaa!!!


Set Handbag And Shoes By Original Coach

(1 day I really hope to give these matching set the real one 2 u dearest sista..) 

wassalam

...ishimaisyah...

Wednesday 1 January 2014

welcoming 2014



Bersempena tahun baru masihi 2014 mesti ada azam baru, kerja baru, kasut baru, bini baaaaa ha yang tu pandai2 erk.. :p
Aku?? ntah la takder keinginan nak pasang serba baru tahun ni. Malas je.. tak der mood je.. tapi HIDUP PERLU DITERUSKAN! cuma.... aku harap ada sinar baru dalam hidupku dan keluarga.. Amin ^_^ Mudah2an aku dapat membawa keluargaku keluar dari kepompong masalah yang melanda kami, In shaa Allah...
owh ya, lama btl tak update kisah2 kehidupan aku sewaktu di GIATMARA kan? erm, sebenarnya aku terlalu la bz dengan projek2 yg diberi oleh cikgu.. Proudly Announced..
I can sewing!!! Finally... (sikit2 bleh la...) 
Sungguh cepat waktu berlalu tak sedar kan dah 6 bulan aku menghabiskan masa di GiatMara Pengerang tu.. macam2 pengalaman, ilmu, kenangan gelak tawa kat sana... walaupun sementara namun Aku akui banyak aku belajar dari mereka2 yang sudi memberi ilmu kepada aku.. tq everyOne :)
Next entry aku akan post gambar2 masa hari Graduasi di Hotel Selesa, 21 Dis 2013 yang lalu buat tatapan semua.. hokey sampai sini saja ye.. daaaa

wassalam...

... ishimaisyah ...

# tukar pembuka kata ASSALAMUALAIKUM W.B.T yang baru (tak perasan ke) hihi....