Monday 26 May 2014

Genap 2 tahun..


Semalam 26 Mei 2014 genap 2 tahun abah meninggalkan kami sekeluarga.. Rasa RINDU sangat kat arwah abah.. paling aku rindu gurauan abah, teh abah, kari abah dan segalanya... alangkah indah kalau dapat mimpi abah setiap hari.. mesti terasa sangat dekat. 

Tapi aku sedar cuma doa yang mendekatkan aku dengan abah.. ya, doa yang tulus ikhlas.. 

Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibubapaku, haramkan tubuh mereka dari disambar panas api neraka. Kau luaskan kubur abahku HASSAN BIN ITHNIN, terangi kubunya dengan cahaya, lepaskan abah dari seksaan kubur dan api neraka. Tempatkan abahku bersama org2 beriman disisiMu. Begitu juga dengan emak SUTHIMAH BINTI KARSO, berilah mereka kebahagiaan di dunia dan akhirat
"ALLAHUMMAGHFIRLI DZUNUBI WALIWALIDAYYA WARHAMHUMA KAMA ROBBAYANI SOGHIRO"
Amin ya robbal a'lamin..
itulah doaku pada setiap kali lepas solat...

Walaupun begitu aku bersyukur kerana abah pergi dengan tenang dan aku yakin Allah lebih menyayangi abah daripada kami. alfatihah... 

ok la sampai sini saja, jumpa lain entry ya. wassalam..

..ishimaisyah..

p/s: hari ni aku berpuasa isra' mikraj mudah2 di berkati.. 


No comments:

Post a Comment