Wednesday 19 June 2013

Mak Milah ke Rahmatullah


Firman Allah Taala yang bermaksud "Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mempercepatkannya. " 
surah Al-A'raf ayat 34

Mak Milah seorang ibu kepada kawanku (agak rapat) yaya.. Mak Milah dah selalu datang rumahku di JB dan selalu juga ke rumah org tuaku di kampung :) 
Orang nya sangat baik hati, peramah, ceria dan bagi aku Beliau sangat kuat semangat.. Aku dah anggap Mak Milah mcm keluarga sendiri.. masih ingat lagi waktu Beliau mendapatkan rawatan kimoterapi (donno how to spell) di HSI. Yaya, Ain (suami yaya) dan Mak Milah tidur di rumah kami di JB untuk senang berulang alik sbb Mak Milah tinggal di Pengerang nun.. masa tu doktor xkasi Mak Milah wat rawatan selagi keadaan kesihatannya Xstabil. Sepanjang 3 hari dirumah kami, Tak nampak pun Beliau dlam keadaan sakit.. kuat semangat Beliau meneruskan hidup.. langsung tak tunjuk macam org sakit walhal yaya kata maknya xlarat dah tu.. (sbb lama tak wat kimo) masa tu..
............................

Tepat jam 2.56 pg (Rabu, 19.06.2013) yaya call aku yg Mak Milah telah meninggal dunia jam 1.30pagi ++ macam tuh.. Aku seakan tau called dr yaya.. sbb dr hari sabtu yg lepas yaya ad bgtau maknya dah tenat.. suratan takdir, kan janji Allah itu pasti. Innalillah.. 
semoga Allah menempatkan Beliau dikalangan orang2 beriman disisi Nya.. Niat mmg nak pergi melawat tp aku ada masalah transport :( hanya sedekahkan yasin dan al-fatihah dari jauh sahaja..
Utk Yaya, takziah.. hope kau sabar dan lebih strong utk teruskan hidup tanpa Ibu tercinta... aku tau, yaya dan Ain banyak berkorban menjaga Mak Milah sewaktu hayatnya.. Allah akan membalas jasa korang setimpal dengan pengorbanan selagi korang Ikhlas.. tak semua anak2 dapat menjaga orang tuanya dalam keadaan sakit dan tidak berdaya.. mudah2an Allah merahmati kamu sekeluarga ya sahabatku... Amin..

kenangan: yaya dan Ibunya, Mak Milah

muhasabah: Jom kita sedekahkan Al-Fatihah utk Arwah2 ibu bapa kita yang telah meninggal dunia dan jgn lupa juga yang masih hidup. mudah2 an Allah memberkati Kita di dunia dan di akhirat.. 
Al-fatihah..

wassalam..




.. ishimaisyah ..

No comments:

Post a Comment