Monday 10 June 2013

tips melupakan orang yang dicintai


Entry tak boleh Blah!.. ya, memang ada kene mengena dengan aku.. 
Mengikut FAKTA, kita TIDAK boleh Melupakan seseorang itu jika kita Cuba untuk melupakannya.. tetapi tidak ada yang Mustahil dalam dunia ini.. apa saja yang diusahakan pasti membuahkan hasil.. Dengan tips dan langkah2 mudah berikut dapat mempraktikkan diri kita untuk melupakan seseorang yang kita cintai (esp orang tu dah kawen) okey.. ^_^

1) Seandainya PUTUS CINTA, confirm kita akan rasa sedih dan mula mengingati kesan2 luka lama (mungkin dikhianati atau tidak direstui orang tua dan mcam2 lagi) so.. menangislah!!keluarkan la dengan sepenuh hati sbb lama kelamaan nanti rasa tu akan hilang dan kembali tenang dengan sepenuh hati juga.. :)

2) Sibukkan diri dengan kawan2 rapat atau kawan di tempat kerja.. lakukan aktiviti sihat yang boleh menceriakan anda. Percayala bila bersama kawan2 kita akan rasa gembira dan lama2 dapat la melupakan seseorang itu. keluarga juga dapat membantu. apa salahnya keluar bersama keluarga, kan?

3) Aktiviti sihat (seandainya tidak keluar bersama kawan/ ahli keluarga). sibuk2 kan diri untuk melakukan aktiviti seperti membuat kraftangan, mencipta resipi baru, menjahit atau apa saja yang boleh menyibukkan diri sendiri sbb bila dah sibuk kita akan secara automatik tidak pernah ada masa untuk memikirkan seseorang itu.. konon2 bz benda lain kan.. :)
# tips: lebih baik sibukkan diri dengan mendekatkan diri kepada Allah swt 

4) Elakkan dari menyimpan no. telefon, akaun facebook, watsup, BBM, we chat, line.. apa lagi?? semua2 la yang ada kaitan dengan connecting factor dengan seseorang tu. bukan nak putuskan silaturahim tapi supaya kita tak lagi ada point utk berhubung dan mengingati seseorang tu lagi.. bila takder fb, tweeter bagai, tak la kita dok layan tgk profile dia kan.. kan... hehe.. :p

5) Terima hakikat tiada jodoh.. simple! kita perlu fikir +ve tentang qada' qadar Allah.. setiasa ada hikmahnya. Nekad, dan terima dengan hati terbuka. Berhenti la berharap, Berangan, bermimpi atau setaraf dengan nya (terkena aku!) .. haha.. Macam ner pun mesti simpan dalam kotak fikiran yang kita perlu melupakan seseorang itu walau apapun terjadi utk kebaikan :)

Tidak mudah untuk melupakan seseorang yang dicintai .. semangat, kegigihan dan iman yang kuat amat diperlukan untuk merealisasikannya.. Ada pelbagai cara lagi untuk melupakan seseorang tp yg 5 tips ni paling mudah dilakukan.. jika masih belum boleh melupakan, sentiasa la dekatkan diri dengan Allah mudah2 Allah memakbulkan permintaan kita dan ingat.. dunia bukan fantasi tapi Realiti.. 
wassalam




.. ishimaisyah ..

No comments:

Post a Comment