Thursday 16 May 2013

Happy teacher's day!

Wah, seronok dapat jadi cikgu kan.. disayangi, disanjungi, dikasihi dan semua di di di la.. hehe, apapun.. 16 Mei setiap tahun aku pasti tak lupa sambutan hari guru.. dikesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua bekas2 guru dari sekolah tadika, sek keb, sek men dan seterusnya ke U.. Terima kasih banyak cikgu2 kerana jasa dan ilmu cikgu la saya dapat menjadi seperti sekarang.. tak dapat saya balas :)
Kepada rakan2 seperjuanganku yang kini bergelar guru.. Haida, ani, nani, zura, saper lagi... ish ramai sangat la.. hihi, apapun aku bangga dengan korang semua, yang lebih membanggakan aku lagi diorang ni mostly ramai yang berjasa kepada kampung sendiri! tabik spring la wei.. 
owh, ye.. to kak ngah.. happy teachers day ngah! walaupun seorang guru tadika.. tapi tetap penting dalam pembangunan masyarakat :) tabik spring gak sbb kak ngah mengajar di tadika aku sekolah dulu.. hehe..
walaupun tidak bergelar "guru" tapi ibubapa kita adalah cikgu pertama kita kerana merekalah yang mengajar kita sewaktu mula2 belajar bercakap. :) terima kasih abah, terima kasih emak... sayang mak abah <3<3<3
da untuk entry kali ni.. kat bawah ni ada picture (download dari Xcikgu kat fb) cikgu masa form 5 di sek. men. keb. adela, kota tinggi Johor 1999 ^_^

barisan guru (sessi pagi) SEMEKA 1999

"selamat Hari Guru 2013"
TQ TEACHER!

wassalam...

..ishimaisyah

No comments:

Post a Comment